Panggilan Dymm Untuk Sultan Selangor Dan Lagu Negeri Selangor
Isu :
Pertanyaan ini diterimaa daripada Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB Menteri Besar Selangor yang ingin mendapatkan pandangan dan ulasan mengenai perkara tersebut, kerana dirasakan tidak sesuai lagi dengan perkembangan yang berlaku pada masa ini dan juga bagi menghilangkan kekeliruan di kalangan rakyat.
Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.
Keputusan :
AhIi Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dari segala aspek khususnya dari segi agama dan kesimpulannya adalah seperti berikut :
"Bahawa ucapan dalam ayat Duli Yang Maha Mulia adalah tidak sesuai diucapkan oleh seseorang, kerana ia menyamai dengan sifat Allah.
Oleh kerana perkara ini melibatkan Negeri-negeri lain yang mernpunyai raja. maka Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' berpendapat adalah lebih baik dibincangkan di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan supaya tindakan yang sama dapat diselaraskan kepada semua Negeri.
Tuesday, August 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment