Thursday, August 6, 2009

Ijazah UniMAP tidak diiktiraf




di bawa ni adalah keratan akhbar dari utusan...terpulang la pada korang semua menilainya...pada pelajar unimap, all the best...tingkatkan usaha...kita nak keja dengan industri...bukan kerajaan...so korang fikir lah sendiri...sekian orang kampung moden



ADIK saya merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Metalurgi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) (dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).

Beliau baru sahaja menamatkan pengajian kini sedang mencari pekerjaan. Namun apabila beliau ingin memohon pekerjaan dengan agensi kerajaan, amat memeranjatkan apabila mendapati ijazahnya tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Semakan yang dibuat mendapati JPA hanya mengiktiraf dua ijazah sahaja yang dikeluarkan oleh UniMAP iaitu Kejuruteraan Komputer dan Kejuruteraan Mikroelektronik.

Persoalannya, bagaimana ijazah yang dikeluarkan oleh sebuah IPTA tempatan boleh tidak diiktiraf di negara sendiri? Adakah graduan yang dikeluarkan oleh IPTA itu tidak berkualiti atau tidak memenuhi standard yang ditetapkan oleh JPA?

Bagaimana nasib ribuan graduan UniMAP yang lain (UniMAP mempunyai lapan pusat pengajian menawarkan pelbagai ijazah) jika hanya dua ijazah mendapat pengiktirafan? Sudah pasti mereka akan mengalami kesukaran mencari pekerjaan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ketika ini dan seterusnya meningkatkan peratusan graduan menganggur. Saya mohon pihak bertanggungjawab dapat memberi penjelasan tentang hal ini.


Bangi, Selangor">


link utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

No comments:

Powered By Blogger