Thursday, August 13, 2009

pelajar sekarang malas membaca ???

Pelajar sekarang malas membaca

GEORGE TOWN - "Pelajar kini makin malas membaca, berfikir dan menilai."

Begitulah nada kecewa yang disuarakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008, Prof. Dr. Muhammad Salleh yang menyifatkan ramai golongan pelajar masa kini sama ada di sekolah mahupun universiti kurang membaca dan ia berbeza berbanding generasi lampau.

Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, biarpun seronok menjadi seorang pendidik namun beliau kecewa apabila pelajar yang lahir daripada sistem pendidikan sekarang tidak lagi cintakan buku.

"Sebagai pendidik, kita membina watak manusia yang boleh berfikir, berhujah dan menilai sesuatu yang berlaku.

"Namun jika kurang membaca, bagaimana pelajar itu mahu berfikir serta memberi pendapat serta menyelesaikan setiap masalah yang timbul," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Ekspo Konvokesyen 2009 (Convex 09) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.




sebenarnya ape masalh yg melanda pelajar negara kita sekarang nie?? aku pun tak tau nak cakap ape. tetapi pada pandngan aku pelajar zaman sekarang agak berasa selesa dengan kehidupan mereka sekarang berbanding degan pelajar2 zaman dahulu. pelajar2 zaman dahulu pada pandangan aku lebih gigih berusaha, ye la may be diorang hidup dalam kekurangan.....tp pelajar2 zaman sekarang lebih cenderung kepada perkembangan teknologi. mereka lebih minat degan peralatan2 cangih, berbanding buku2....kepada rakan2 tingkatkan pembacaan anda dan pemahaman anda. jangan banyak enjoy sangat....

1 comment:

cheom said...

mmg la x baca buku...la nie stail bca nota kt internet ....buku kureng dh la nie ....besa la tue ......

Powered By Blogger